Thursday 22 December 2011

saya suka makan budu

pembaca sekalian...




jom tgk khasiat budu
budu1


Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi   sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New   Zealand dan  Jerman.


 Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan  meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai  penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu  kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu
yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal  bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti  bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga
 mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.


Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa  yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak- kanak dan orang dewasa.


Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air  (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .


Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama  vitamin B12 yang  dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin -  yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan  laut, ikan- ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk embentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
 perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.


Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikro  gram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini  jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya  vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir  akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein  yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah  yang cukup.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat  antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat
 diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.  Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih  elektron yang  tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan  ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan  juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam  budu  akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.


Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon  (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di  samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4  trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika
 dibandingkan dengan isoflavon  dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North
 Carolina,  Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
 terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan
 dan kanser payudara .


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan  pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh  darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan  oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala factor  dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ),
 hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang  mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti  kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan  kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu  sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke  tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai  sumber  serat (dietary fiber) yang baik.


Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10%  bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang  dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe  atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan.


Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta  kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari  dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.


Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai  keperluan untuk tubuh badan

No comments:

Post a Comment