Thursday 5 January 2012

DOA-DOA ( SEMANIS KURMA)

Doa-doa ni aku ambil dari rancangan SEMANIS KURMA..leh kongsi sama2…

  1. Doa Pelindung Diri : Surah Al-Hasri ayat 26
  2. Doa untuk pikat suami n lembutkan hati: Surah Toha ayat 1 -5
  3. Doa Kebahagian Rumah Tangga : Surah Al-Kahfi ayat 1 dan Surah Ar-raddu ayat 31, Surah Yusof ayat 30.
  4. Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung : Surah Mariam,Al-Fatihah, Al-Hujjurat, Yassin,AL-Taubah dan Surah Al-Imran ayat 38, Surah Al-Soffat ayat 100
  5. Doa Hindari Kemaksiatan dan Kemungkaran ALLAH swt:  Al-Mukmin ayat 97-98, dan Al-Maidah ayat 25.
  6. Doa Untuk Memperolehi Zuriat: Surah Al-Imran  ayat 38 dan 200, Surah Al -Anbia ayat 89
  7. Doa Lembutkan Hati( doa Nabi Daud) : Surah Al- Hasri ayat 21
  8. Doa Untuk Elakkan dari Kejahatan Manusia : Surah  Al-Yusof ayat 33 dan Surah Al- Qadr
  9. Doa Untuk Elak Berkata Belit: Surah Al-Imran ayat 8
  10. Doa lapangkan Hati/Mudahkan Urusan /Bukakkan Simpulan Yang Sukar: Surah Toha ayat 25 sampai 28Sambungan Doa-doa dr semanis Kurma Yang aku catit.
  11. Doa Jauhi Sihir: baca Al-Fatihah,  Baca 3 kul, Ayat Kursi , baca 2 baris terakhir Surah Al-Buqarah, makan 7 biji Kurma, bwuduk sebelum tdo, zikir.
  12. Doa Elak Penceraian, bina rumah tangga kerana Allah, suami pimpin isteri kejalan Allah swt: Surah An-Nissa’ ayat 34,
  13. Doa untuk Jadi Isteri Solehah/ jgn mintak apa2 diluar kemampuan suami/doa murah rezeki untuk perkahwinan: Surah Al-Imran Ayat 26 dan 27, Surah al-Taubah ayat128 dan 129, Surah Al-Anbiya ayat 87
  14. Doa Untuk Jadi Isteri yg Taat n Solehah:  Surah Al-Furqan ayat 74, Surah As-saafat ayat 100 dan Surah Ibrahim ayat 41..

Monday 26 December 2011

musim kawin kan..

Kahwin – Senarai Semak Lengkap Majlis Perkahwinan

Persediaan bergelar pengantin baru zaman ini tidak seperti dulu. Setiap bakal pengantin sudah bijak merancang apa yang bakal mereka inginkan ketika melangsungkan majlis yang bakal meninggalkan kenangan yang indah itu.
Walaupun apa bentuk dan tema majlis yang dirancang sebaiknya “ukurlah baju dibadan sendiri”. Majlis yang penuh makna tidak semestinya mewah. Biat sederhana asalkan semua yang dirancang, berjalan lancar.
Semua pihak gembira dan merestui kamu berdua, ikuti dan tips dan panduan yang kami himpunkan dan insyaallah, ia dapat membantu perancangan anda.. :)
Senarai Semak Majlis Perkahwinan:
12 Bulan Sebelum Majlis.
  • Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
  • Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasan dan sebagainya.
  • Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran,PelaminBilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
  • Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.

8 Bulan Sebelum Majlis.
  • Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
  • Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
  • Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  • Daftar kursus pra-perkahwinan.
  • Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan padahari pertunangan anda).
  • Dan lain-lain hantaran.

6 Bulan Sebelum Majlis
  • Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan olehjabatan agama islampejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
  • Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Memberi cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
  • Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
  • Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.

3 Bulan Sebelum Majlis
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
  • Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
  • Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
  • Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-manajabatan agama islam untuk menikahkan anda.

2 Bulan Sebelum Majlis
  • Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

3 Minggu Sebelum Majlis
  • Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.

3 Hari Sebelum Majlis
  • Menghias pelaminbilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
  • Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  • Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).

Usai Majlis
  • Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
  • Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
  • Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
  • Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
  • Bertenang dan selalu senyum.
  • Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan
copied from by http://PakarCinta.com :)

Sunday 25 December 2011

LAILAHAILLALLAH





LAILAHAILLALLAH

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM) . Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM) , tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH) .

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH) ? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Thursday 22 December 2011

homeeeeeee

today i wanna back to my sweet lovely house, to go to see my parent and sibling...
 sooooooo....in the mean time, i wasn't be able to update my blog since i may be busy at my home...no time to online..just watching television perhaps..hehe
so  till then love you all..hehe mcm ramai je yg tk blog i ni...hahahaha

saya suka makan budu

pembaca sekalian...




jom tgk khasiat budu
budu1


Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi   sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New   Zealand dan  Jerman.


 Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan  meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai  penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu  kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu
yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal  bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti  bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga
 mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.


Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa  yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak- kanak dan orang dewasa.


Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air  (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .


Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama  vitamin B12 yang  dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin -  yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan  laut, ikan- ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk embentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
 perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.


Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikro  gram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini  jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya  vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir  akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein  yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah  yang cukup.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat  antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat
 diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.  Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih  elektron yang  tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan  ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan  juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam  budu  akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.


Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon  (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di  samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4  trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika
 dibandingkan dengan isoflavon  dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North
 Carolina,  Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
 terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan
 dan kanser payudara .


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan  pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh  darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan  oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala factor  dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ),
 hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang  mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti  kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan  kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu  sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke  tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai  sumber  serat (dietary fiber) yang baik.


Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10%  bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang  dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe  atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan.


Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta  kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari  dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.


Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai  keperluan untuk tubuh badan

duit baru.......

Mulai Julai 2012, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas baru yang mempunyai note RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. BNM juga dalam masa yang sama akan mengeluarkan duit Syiling baru. 
Gambar dari BERNAMA
Di bawah ada beberapa keping lagi gambar duit baru Malaysia-
Gambar dari BERNAMA
same2 la kite tgu ye duit baru ni...

Wednesday 21 December 2011

sekadar renungan...

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.