Kahwin – Senarai Semak Lengkap Majlis Perkahwinan
Persediaan bergelar pengantin baru zaman ini tidak seperti dulu. Setiap bakal pengantin sudah bijak merancang apa yang bakal mereka inginkan ketika melangsungkan majlis yang bakal meninggalkan kenangan yang indah itu.
Walaupun apa bentuk dan tema majlis yang dirancang sebaiknya “ukurlah baju dibadan sendiri”. Majlis yang penuh makna tidak semestinya mewah. Biat sederhana asalkan semua yang dirancang, berjalan lancar.
Semua pihak gembira dan merestui kamu berdua, ikuti dan tips dan panduan yang kami himpunkan dan insyaallah, ia dapat membantu perancangan anda..
Senarai Semak Majlis Perkahwinan:
12 Bulan Sebelum Majlis.
- Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
- Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasan dan sebagainya.
- Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran,Pelamin, Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
- Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.
8 Bulan Sebelum Majlis.
- Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
- Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
- Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
- Daftar kursus pra-perkahwinan.
- Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan padahari pertunangan anda).
- Dan lain-lain hantaran.
6 Bulan Sebelum Majlis
- Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan olehjabatan agama islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
- Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda.
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
- Memberi cincin kahwin.
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
- Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
- Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
- Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.
3 Bulan Sebelum Majlis
- Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
- Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
- Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
- Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
- Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
- Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-manajabatan agama islam untuk menikahkan anda.
2 Bulan Sebelum Majlis
- Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
- Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
3 Minggu Sebelum Majlis
- Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
- Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
- Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.
3 Hari Sebelum Majlis
- Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
- Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
- Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
- Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
- Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
- Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).
Usai Majlis
- Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
- Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
- Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
- Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
- Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
- Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
- Bertenang dan selalu senyum.
- Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan
copied from by http://PakarCinta.com